Pakej 9H/7M ke-Lapland dan Negara2 Nordic

Pakej lawatan ke Lapland adalah antara pakej yang paling mahal di kebanyakan pakej2 yang ditawarkan oleh agensi2 travel, di mana harga mencecah RM18-20k.  Harga yang agak mahal ini kemungkinan disebabkan pakej-pakej ke Lapland ini adalah eksklusif dan tak banyak yang ditawarkan di pasaran.

Kini anda boleh menikmati pengalaman unik ke Lapland dan negara2 Nordic dengan harga yang amat menarik dengan tumpuan kepada 3 pengalaman unik:

  • Pengalaman ‘winter wonderland’ di Lapland

Alami pengalaman ‘winter wonderland’ di Lapland, wilayah paling utara Finland, pada musim sejuk ini untuk menikmati pengalaman unik— seperti menikmati pemandangan bersalji di lembah dan hutan Finland,  bertemu Santa Claus di Santa Claus Village, melihat northern lights dan lain-lain aktiviti di musim sejuk.  Dengan hampir 3 hari untuk meneroka di Lapland, anda akan mempunyai masa yang mencukupi untuk menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan di kawasan Artik ini.

  • Cruise

Anda berpeluang untuk menaiki feri cruise antara Stockholm dan Helsinki, Pelayaran selama 16 jam ini adalah antara cruise paling menyeronokkan di Eropah.  Perjalanan menampilkan pemandangan kepulauan yang dramatik, dengan menawarkan pelbagai jenis hiburan di atas kapal. Cruise ini dilengkapi dengan pelbagai restoran, kedai bebas cukai dan pelbagai hiburan untuk pengembara yang ingin berehat dan menikmati pelayaran.

  • Keretapi Ekspres Santa Claus

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan menaiki keretapi Santa Claus Express dari Helsinki ke Lapland. Anda akan melalui landskap musim sejuk, melewati bandar dan hutan dengan pokok yang dilitupi salji. Anda juga berpeluang mengalami pengalaman menaiki keretapi di sleeper cabin anda sendiri dari Lapland kembali ke Helsinki.

Download itinerary

lapland – feb 2024